Perniagaan Sambilan yang Terbaik

By | 5:06 PM Leave a Comment

Kenapa pekerjaan ini yang terbaik? Kerana fleksibiliti yang mereka sediakan. Jika anda adalah sebahagian dari mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan sambilan ini, anda harus tahu ianya bukan mengenai keuntungan sahaja; ia mengenai bagaimana anda boleh dapatkan duit lebih dalam masa yang sama anda melakukan perkara-perkara lain.

Mungkin anda mahu luangkan masa dengan keluarga anda. Atau pergi bercuti ditempat idaman anda. Atau anda mempunya komitmen dengan pekerjaan lain dan ingin dapatkan duit simpanan lebih.

Perniagaan sambilan yang betul akan dapat membantu merealisasikan impian anda.
Untuk kemudahan anda, kami telah bahagi kepada 2 kategori; bermusim dan tidak bermusim.

Perniagaan Bermusim yang Terbaik!

Perniagaan yang bermusim mempunyai banyak waktu perniagaan dalam musim tetapi boleh memberi anda melakukannya walaupun di luar musimnya.

1. Boat, kayak atau sewa basikal.
Apa sahaja aktiviti akan ada orang yang berminat untuk menyewa daripada membeli barang itu. Ianya mereka ingin mengelakkan dari menyimpan barang tersebut ketika musimnya tamat.

2. Trak makanan bermusim.
Sebagai contoh Taco ikan dipantai, ais krim dan lain-lain. Selain itu, anda juga boleh menjual makanan kepada pengunjung ketika terdapat karnival atau pameran. Ianya sangat menguntungkan kerana akan terdapat ramai pengunjung ketika itu, dan apabila sesuatu pameran selesai, tugas anda juga tamat.

3. Pemotongan dan Penyelenggaraan kawasan.
Tidak ramai yang berminat untuk melakukan pekerjaan ini.

4. Pemasangan sistem pengairan dan penyelenggaraan.
Subbahagian merupakan zon jualan utama. Musim bunga dan musim panas akan menjadi musim yang sibuk.

5. Pembekal pelancongan tempatan.
Ianya bergantung kepada tempat-tempat anda, anda mungkin boleh menawarkan pelancongan  alam semula jadi seperti mendaki gunung, kayak, kuda dan lawatan pengangkutan.

6. Penginapan dan sarapan(Terbuka hanya untuk pelancong dikawasan anda sahaja).
Ia bukan mengenai permandangan pantai dan tasik sahaja. Pemain ski, pendaki juga memerlukan tempat penginapan bermusim.

7. Pengajar sukan bermusim.
Sebagai contoh seperti pengajar ski, atau kayak.

8. Pereka pakaian Halloween
Halloween kini telah menjadi perniagaan yang sangat terkenal.

9. Perkhidmatan cukai bermusim
Melakukan cukai untuk orang awam  jika anda mempunyai latihan sebagai pemegang buku atau akauntan.

Perniagaan Sambilan  Tidak Bermusim yang Terbaik!

Perniagaan ini tidak perlu untuk dikendalikan sepanjang tahun tetapi boleh diuruskan sendiri (terhad) tanpa merosakkan perniagaan.

1. Perniagaan perkhidmatan
Pendandan rambut, pembersihan, tutor, dandanan haiwan peliharaan adalah antara contoh-contoh perkhidmatan yang boleh anda tawarkan kepada pelanggan.

2. Perkhidmatan Pereka bentuk
Jika anda mempunyai kemahiran dalam merekabentuk dalaman anda boleh membantu pelanggan dalam reka bentuk landskap dan taman.

3. Seni dan Kraf.
Ianya termasuklah seni grafik, pelukis, ilustrator, pereka tembikar dan barang kemas.

4. Perkhidmatan perundingan untuk semua bidang.

5. Profesion
sebagai contoh, peguam, penyimpan kira, arkitek dan doktor.

6. Jualan Langsung
Sebagai contoh Avon, Tupperware dan jualan barangan kesihatan antara jualan langsung yang diminati ramai pada masa kini. Ianya mudah dilakukan, boleh dilakukan dengan menjual dari rumah ke rumah atau melalui laman sosial.

Perhatian: Jika anda menyertai sebuah syarikat jualan langsung, anda haruslah menyiasat latar belakang syarikat tersebut terlebih dahulu. Ianya bagi mengelakkan anda terkena skim piramid yang mana ianya menyalahi undang-undang.
Apa sahaja kerja sambilan yang anda hendak lakukan, mestilah mengikut peraturan dan undang-undang.

References Links

4 Idea Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang

  1. Phone Case Custom: Phone Case dengan custom gambar dan nama orang yang anda ingin hadiahkan
  2. Rantai Custom: Rantai Berharga dengan Custom nama orang yang anda sayang
  3. Pen Custom: Pen dengan Custom Tulisan dan Nama orang yang anda ingin hadiahkan
  4. Jam Tangan Custom: Jam Tangan dengan Custom Nama dan tulisan agar si dia sentiasa mengingati anda ketika menggunakannya
Newer Post Older Post Home

0 comments: