Tempat Paling Sejuk di Dunia

By | 10:16 PM Leave a Comment
1. Yakutsk Russia


Merupakan bandar yang paling sejuk di seuruh dunia. Ia adalah sebuah bandar yang terpencil di rantau Timur Siberia. Suhu paling sejuk yang dicatatkan adalah -50 darjah. Bandar ini menempatkan penduduk kira-kira 200,000 orang. Walaupun ianya tempat tersejuk didunia, namun ianya kaya dengan zoo, universiti, panggung wayang dan sebagainya.

2. Verkhoyansk, Russia


Ianya terletak di tebing Sungai Yana, Verkhoyansk adalah 650km dari Yakutsk berhampiran bulatan Artik. Ianya adalah sebuah bandar yang kecil yang terletak di daerah Verkhoyansky Republik Sakha dengan penduduk kira-kira 1434 penduduk yang berusaha keras untuk hidup disitu. Suhu purata yang dicatatkan adalah -50.4 darjah Fahrenheit. Disitu merupaka pusat utama untuk perlombongan emas, perternakan lembu dan timah.

3. Oymyakon, Russia


Oymyakon adalah kampung yang paling sejuk diseluruh dunia. Diperkampungan ini menempatkan seramai 1200 orang dimana kawasan mencuci dan mandi terletak dirumah luar. Kampung ini terletak dalam jarak dua hari dari Yakutsk City dan mempunyak muzium, teater, sekolah-sekolah dan universiti. Kereta-kereta disini dibiarkan dalam mode berjalan kerana takut tidak dapat dihidupkan semula kerana suhu yang sejuk.

4. International Falls, Minn


Ianya merupakan salah satu bandar yang sejuk di Amerika Syarikat. Koochiching County- penduduk tempatan kira-kira 6424 penduduk. Secara geografinya, International falls terletak di "Rainy River" yang menghubungkan terus ke Ontario FOrt Frances City di Kanada. Suhu rekod tertinggi yang pernah dicatatkan -55 daarjah Fahrenheit.

5. Fraser, Colo


Ia terletak di atas gunung-gunung berbatu Colorado pada ketinggian 8574 kaki. Terdapat lebih kurang 910 penduduk dan terletak berhampiran dengan kawasan ski yang terkenal iaitu "Winter Park". Ia telah diiktirafkan tempat paling sejuk di bumi dan dinamakan "Ice Box of the Nation". Purata suhu yang direkodkan setiap tahun adalah 32.5 darjah Fahrenheit.

6. Hell, Norway


Terletak dibahagian barat Norway, "Hell" adalah sebuah perkampungan kecil dengan jumlah penduduk seramai 958 dan berukuran 1.48 kilometer persegi. Suhu yang dicatatkan adalah -13 Darjah Fahrenheit semasa musim sejuk.

7. Barrow, Alaska


Bandar ini terletak 480 kilometer ke Utara Lingkaran Artik dan meletakkan Bandar Barrow di Alaska Artik. Penduduk ini merupakan keturunan Eskimo. Suhu yang pernah dicatatkan adalah -3 darjah Celcius.


References Links

4 Idea Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang

  1. Phone Case Custom: Phone Case dengan custom gambar dan nama orang yang anda ingin hadiahkan
  2. Rantai Custom: Rantai Berharga dengan Custom nama orang yang anda sayang
  3. Pen Custom: Pen dengan Custom Tulisan dan Nama orang yang anda ingin hadiahkan
  4. Jam Tangan Custom: Jam Tangan dengan Custom Nama dan tulisan agar si dia sentiasa mengingati anda ketika menggunakannya
Newer Post Older Post Home

0 comments: