10 Jutawan Internet yang membuat kekayaan

By | 2:39 PM Leave a Comment
1.  E.L. James


"50 Shades of Grey" adalah salah satu Fiksyen yang paling popular sepanjang zaman. Trilogi seksual ini telah mengaut berjuta-juta dolar, Dan ketika artikel ini ditulis mereka sedang mengusahakan filem Hollywood, atas kepopularan ini telah menjadikan EL James seorang selebiriti.

Ramai tahu Jame telah terhutang budi atas kemasyhuran dan kekayaan beliau dengan Internet. Bermula dengan Tajuk Snowqueens Icedragon dan mendapat sambutan yang hangat di dalam Talian. James sendiri menerbitkan kerjanya dan menjadi satu kejayaan buatnya dalam dunia sastera dan kini hasil kerjanya bernila $80 Juta, James bijak menggunakan internet untuk membuka jalan untuk dirinya. Dan jalannya kini telah dipenuhi dengan lambakkan emas.

2. Kevin Systrom


Instagram adalah satu ciptaan digital yang akan dikenali sepanjang zaman. Belum jadi sebelum ini dimana kenaikan yang mendadadak kepada penguasa korporat dan internet pada fasa pengasasnya. Kevin Systrom adalah dalam senarai kegemilangan ini. Instagram menjadi satu entiti di internet pada tahun 2010 dan mula dikenali pada Januari 2011. Sebulan kemudia ia mempunyai satu juta pengguna. Pada 3 April 2012 ia telah diterbitkan untuk Smartphone Android. Dan telah dimuat turun sebanya satu juta kali dalam masa Satu hari.Tidak lama selepas itu dalam pengambilalihan perjanjian kedua terbesar setakat ini Facebook bersetuju untuk membeli instagram untuk kira-kira $1 billion dan  itu sebagaimana yang mereka katakan.

Sebagai Sebahagian daripada persetujuan itu , nilai bersih Kevin Systrom ini kini lebih daripa $400 Juta semua dari applikasi perkongsian foto yang mudah ini. Apa yang internet boleh lakukan adalah benar menakjubkan.

3. Markus Persson "Mines" 


Markus Persson mempunyai kekayaan bernilai 1.5 Billion , dan tersenarai di antara jutawan internet. Dia mencipta satu permainan PC yang paling popular sepanjang zaman , iaitu Minecraft , pemain boleh membina apa-apa imaginasi mereka , semuanya dalam bentuk blok dan pixelated. Minecraft telah mengambil masa hanya tiga tahun untuk muncul di seluruh dunia dan digunakan oleh berjuta-juta orang. Ia benar-benar satu fenomena. Ideanya benar-benar kreatif dan itu adalah satu tiket loteri di dunia digital.

4. Matt Drudge Rides 


Matt Drudge , berjaya menggabungkan kepintaran dan nasib dengan  berada di tempat yang betul pada masa yang tepat.  Berpindah ke Los Angeles pada tahun 1989, dia telah berkerja di kedai hadiah CBS Studios. Dia mendapati dirinya sentiasa di sekitar gosip Industri Hollywood. Beliau memutuskan untuk menghantar Email tentang Gosip-gosip ini kepada rakan-rakannya. Bermula dengan sekadar gosip biasa dan artikel tentang pendapat beliau. Dia perlahan-lahan berkembang kepada forum dan website. Menjelang tahun 1997, "Drugde Report" mempunyai 8500 pelanggan. Beliau mula memberi tumpuan dan beralih ke gosip politik dan berjaya meraih perhatian umum apabila dia membuat beberapa berita sensasi tentang presiden Bob Dole pada pilihan raya 1996. Dua tahun kemudian, beliau mengukuhkan tempatnya di arena kebangsaan dengan memecahkan skandal Monica Lewinsky.

Hari ini laman web berita pengagregatannya telah berkembang ke seluruh pelusuk perbualan negara. Menjadikannya salah satu laman web yang paling banyak dilihat dan melonjak harga nilai bersih sebanyak $90 Juta. Dalam era berita internet Drudge terus menjadi pemain utama.

5. Peter Thiel 


Pada Tahun 1998, menyedari sistem pembayaran dalam talian akan diperlukan dimasa hadapan. Thiel bersama Max Levchin telah mengasaskan Paypal sebagai solusi untuk transaksi duit di internet. Kemudian bergabung dengan X.com dan Ketua Pegawai Eksekutif Elon Musk, Syarikan itu telah menjadi publik pada tahun 2002 dan telah dijual kepada eBay untuk $150,000,0000 Pada tahun yang sama. Thiel telah menerima bersih 55,000,000 dari jualan itu.

Tetapi beliau tidak berhenti di situ . Pada tahun 2004 , Thiel membuat pelaburan murah $500,000 dalam rangkaian sosial yang sedang berkembang dipanggil Facebook, dalam pertukaran bagi 10.2% daripada syarikat. Ia adalah pelaburan luar pertama di Facebook. Pada tahun 2012 , Thiel tleh bertuakr pelaburan $500 ribu ke lebih daripada $1 bilion. Ia menjadi loteri kepada Thiel kerana dia membuat pelaburan yang lebih awal dari orang lain.


6. Craig Newmark memperkenalkan Craigslist kepada dunia


Selepas bekerja di IBM selama 17 tahun sebagai seorang programmer, Craig Newmark mengetahui serba sedikit mengenai Internet di Charles Schwab. Apabila beliau berpindah ke San Francisco pada tahun 1993 untuk bekerja disana. Setelah memerhatikan ramai yang membantu dan mempunyai sifat percaya antara satu sama lain didalam talian, Newmark memutuskan untuk mewujudkan laman web tempatan. Ianya bermula dengan mengedarkan emel kepada rakan-rakan yang tinggal di Area Bay. Tidak lama kemudian, ianya meningkat sepuluh kali ganda, orang ramai mula saling membantu mencari pekerjaan, perumahan yang selamat, dan menjual barangan. Ianya dikenali sebagai "Internet commune". Newmark meraih manfaat serta-merta dalam masa 5 tahun beliau menjalankannya. Craigslist telah tersebar dengan cepat sekali, ianya telah wujud lebih kurang dalam 70 buah negara diseluruh dunia. 20 bilion paparan halaman dalam masa sebulan telah mengubah nasib Newmark sebanyak $400 juta.


7. Nick Denton Bermula Empayar Gawker


Jika satu masa dulu wujud Hearst Corporation, kini terdapat Gawker. Ia diasaskan oleh Nick Denton di New York City, Gawker Media telah kehabisan apartmen SoHo selama bertahun-tahun selepas kemunculan sulung pada tahun 2002. Dalam hanya 10 tahun sahaja, syarikat itu telah berkembang menjadi sebuah empayar berjuta dolar. Laman Gawker sekarang termasuk Gawker.com, Deadspin, Lifehacker, Gizmodo, io9, Jalopnik dan Izebel - masing-masing mempunyai peminat mereka sendiri, namun itu semua masih berlandaskan Gawker yang sama. Denton adalah seorang wartawan Oxford sebelum memutuskan untuk memulakan empayarnya sendiri. Sehingga hari ini, dia telah memperoleh sebanyak $290,000,000, dan masih berkembang.

8. David Karp - Tumblr


David Karp adalah seorang remaja yang unik, dia bekerja untuk UrbanBaby semasa berumur 17 tahun, dan kemudian dia dinaikkan pangkat kepada ketua produk dan salah seorang pemegang ekuiti di syarikat itu. Karp kemudian berhenti untuk memulakan syarikat perunding perisiannya sendiri. Beliau kemudian tertarik dengan tumbleblogging, dan terus menunggu platform lain untuk memperkenalkan blognya sendiri. Tidak ingin menunggu lebih lama, dia mencipta dan melancarkan Tumblr yang diciptanya pada tahun 2007. Dalam masa dua minggu sahaja, Tumblr telah mempunyai seramai 75,000 pengguna.

Lapan bulan kemudian, Karp menutup syarikat perundingannya, untuk memberi tumpuan semata-mata kepada blogging, dengan menamakan semula syarikat tersebut Tumblr Inc. Kini telah ia mempunyai 209.3 juta blog dan diambil alih oleh Yahoo! sebanyak $1.1 bilion.

Karp yang kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan kini bernilai $200juta -pada usia 28. Bagi Karp yang masih muda, masa depannya semakin cerah.


9. Dong Nguyen - "FlappyBird"


Ia adalah impian bagi setiap pencipta permainan untuk melihat permainannya menjadi ikutan ramai. Sesuatu yang menyeronokkan dan menjadikan manusia ketagih untuk terus bermain, sebagai contoh "Candy Crush", "Tetris" dan sebagainya. Permainan-permainan tersebut telah membantu pencipta tersebut menjadi terkenal dan memperoleh keuntungan yang berjuta-juta.

Bayangkan kita cipta satu permainan hanya dalam masa 2 jam, dan berjaya mengubah nasib kita dalam sekelip mata, tetapi terpaksa memadamnya hanya kerana dilabel "Produk Adiktif"? Itulah apa yang dihadapi oleh Dong Nguyen pencipta "Flappy Bird". "Flappy Bird" telah dimuat turun lebih 50 juta kali dan diberi nilai lebih 90,000 kali selama 9 bulan kewujudannya, menjadikannya salah satu permainan yang paling adiktif yang pernah berlaku. Akhirnya pendapatan Dong sebanyak $50,000 sehari.

10. Matthew Mullenweg - WordPress


Matthew Mullenweg, adalah pencipta WordPress. Laman web yang menawarkan sumber-sumber untuk blog secara percuma dan terbuka, ini telah digunakan lebih 23% daripada 10 juta laman web di internet dan sistem blog yang terkenal didunia. Dan ia juga digunakam lebih daripada 60 juta laman web diseluruh dunia.

Pada tahun 2014, WordPress berada ditangga ke-23 paling popular di internet. Sebagai pemaju utama, Mullenweg dan pengasas bersama Mike Little - telah mempamer template WordPress dalam setiap sudut di internet. Mullenweg mempunyai nilai bersih lebih daripada $40 juta. Ianya bukan sesuatu yang buruk bagi seseorang yang berhenti belajar dikolej hanya untuk bekerja di CNET, kemudian berhenti dalam tempoh setahun untuk memulakan syarikat yang akan mewujudkan produk secara besar-besaran.

References Links

4 Idea Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang

  1. Phone Case Custom: Phone Case dengan custom gambar dan nama orang yang anda ingin hadiahkan
  2. Rantai Custom: Rantai Berharga dengan Custom nama orang yang anda sayang
  3. Pen Custom: Pen dengan Custom Tulisan dan Nama orang yang anda ingin hadiahkan
  4. Jam Tangan Custom: Jam Tangan dengan Custom Nama dan tulisan agar si dia sentiasa mengingati anda ketika menggunakannya
Newer Post Older Post Home

0 comments: