6 Tips untuk Menyelesaikan Semua Urusan

By | 10:23 PM Leave a Comment

Ramai orang sering bertanya bagaimana kita membahagikan masa dengan tugasan-tugasan kita yang banyak.. Di sekolah, universiti, tempat kerja dan sebagainya, biasanya soalan yang akan mereka tanyakan  : 'Bagaimana anda bahagikan masa anda?'

Berikut adalah tips yang mungkin dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda.

1. Buat satu senarai tugas, utamakan yang paling penting untuk hari tersebut. Setiap hari sebelum tidur, buat satu senarai tugas yang paling penting untuk hari berikutnya. 

Cuba elakkan mempunyai senarai yang lebih lama daripada tiga atau empat perkara supaya ia tidak kelihatan serabut.

Bagi yang tidak meminati teknologi, anda boleh menggunakan papan putih di dapur anda, ianya akan mengingatkan anda tentang apa yang anda lakukan setiap hari. Ini juga bermakna anda dapat semak setiap perkara kerana dapat membawanya kemana sahaja, jadi anda boleh melihat apa yang anda telah capai setiap hari.

2. Senaraikan semua aktiviti dalam diari anda dan disiplinkan diri untuk mengikutinya!

Masukkan aktiviti-aktivit ke dalam diari anda, kalendar anda atau papan putih dapur, dan apa saja yang anda gunakan. Lakukan perkara yang anda telah rancangkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Semua tugas-tugasan anda ditetapkan dalam 20 dan 30 minit, jadikan setiap tugas kelihatan boleh dilaksanakan.

Dengan melakukan cara ini anda akan dapati banyak tugas yang anda dapat lakukan, dengan masa yang diperuntukkan untuk bekerja tanpa gangguan.

3. Matikan semuanya, Matikan telefon anda. 

Memutuskan sambungan kepada internet. Meletakkan tanda 'Jangan ganggu' dipintu anda. Pastikan anda tidak terganggu. Elakkan buka Facebook untuk mengelakkan anda dari terjebak terlalu lama dengan laman sosial itu. Jangan biarkan diri anda menghadapi terlalu banyak godaan.

4. Jangan menangguh kerja. Hanya tanya diri anda, 'mengapa?'

Anda sering mengatakan "nanti dulu" terhadapa tugasan anda. Sehingga semua kerja-kerja anda tertangguh untuk berminggu-minggu. Ianya bukan sesuatu yang baik.

Anda harus bertanya kepada diri anda sendiri "Mengapa anda mahu bekerja?Adakah untuk menangguhkan kerja anda?' "Adakah anda bekerja untuk curi tulang dan dapatkan gaji atas curi tulang anda?

Setelah anda bertanya sebegitu kepada diri sendiri, anda mungkin dapat mengubah diri anda dan lakukan tugas anda dengan lebih terancang.

5. Lakukan sesuatu yang baru

Selain senarai harian, anda juga boleh mula membuat satu senarai untuk setiap bulan. Sebagai contoh salah satu item dalam senarai anda untuk bulan Januari adalah untuk memulakan bengkel(dalam bidang kepakaran anda); ianya hendaklah sesuatu yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini.

Walaupun anda mungkin gementar untuk permulaan, tetapi anda berjaya melakukan sesuatu yang baru untuk diri anda dan mungkin memberi manfaat kepada orang lain juga.

6. Raikan

Jika anda telah berjaya melakukan semua diatas dan berjaya mengubah diri anda menjadi lebih baik, anda seharusnya raikannya untuk diri anda sendiri. Untuk menghargai apa yang telah anda lakukan terhadap diri sendiri.

Anda mungkin boleh membeli sesuatu untuk kepuasan diri sendiri, atau membeli belah atau anda juga boleh pergi bercuti untuk menghargai diri anda.

Ganjaran atau sambutan anda tidak semestinya sama besar atau mahal ; ia boleh juga menjadi santai dengan secangkir teh atau pergi bercuti, tetapi ia penting untuk harga diri anda sendiri sebagai ganjaran terhadap kerja yang anda lakukan, dan ganjaran itu haruslah memberi kesan supaya anda mahu teruskan meningkatkan perncapai kendiri.

References Links

4 Idea Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang

  1. Phone Case Custom: Phone Case dengan custom gambar dan nama orang yang anda ingin hadiahkan
  2. Rantai Custom: Rantai Berharga dengan Custom nama orang yang anda sayang
  3. Pen Custom: Pen dengan Custom Tulisan dan Nama orang yang anda ingin hadiahkan
  4. Jam Tangan Custom: Jam Tangan dengan Custom Nama dan tulisan agar si dia sentiasa mengingati anda ketika menggunakannya
Newer Post Older Post Home

0 comments: